Skip to main content

Bola Jaring

Mengapa pemain sensasi Putrajaya Dynamites, Amisya Khairuddin, tepis semua tawaran wakili pasukan lain hadapi musim baru NSL?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Amisya

Putrajaya Dynamites yang membuat penampilan sulung pada musim 2025 tampil cukup mengagumkan apabila berjaya mara ke perlawanan akhir. Status sebagai pasukan debutan tidak menghalang mereka untuk menewaskan pasukan berprofil tinggi seperti Johor Jewels dan Kuala Lumpur (KL) Wildcats sepanjang kempen, sekali gus membuktikan kemampuan dan potensi besar yang dimiliki skuad Puah Pei San.

Dalam aksi final menentang KL Wildcats, Dynamites hanya tewas dengan perbezaan satu mata -- membuktikan mereka antara pasukan paling kompetitif dalam liga. Prestasi konsisten Amisya Khairuddin di posisi serangan menjadi nadi utama kejayaan tersebut, menjadikannya antara watak penting dalam gelanggang.

Advertisement

Sebagai pemenang Anugerah Penyerang Terbaik Netball Super League 2023, pasti khidmatnya ditagih terutamanya kerana kelincahan, kreativiti dan keupayaannya mencipta ruang ketika perlawanan. Namun, keputusan menolak semua tawaran itu bukanlah kerana sikap memilih.

Sebaliknya, didorong keinginan untuk memberi fokus penuh kepada proses pemulihan kecederaan bahu yang dialami dan memerlukan pemantauan rapi daripada pihak perubatan lebih-lebih lagi selepas berjaya membantu skuad kebangsaan raih emas di Sukan Sea Thailand 2025.

Tempoh ini turut dimanfaatkan Amisya untuk memastikan dirinya benar-benar pulih menjelang misi penting bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Asia pada Ogos nanti. Ketiadaan Putrajaya Dynamites dan kelibat Amisya pastinya meninggalkan kelompongan besar dalam saingan NSL musim ini, dan peminat pastinya merindui aksi bertenaga mereka.

Andai berlaku perubahan saat akhir, kehadiran semula Dynamites pastinya dinantikan, namun buat masa ini, selamat membuat persediaan untuk bersaing dalam musim baru NSL 2026! 

Must Watch Video