Skip to main content

SUKMA

Meledak: Sukma, pentas bermulanya impian dan harapan

sukma

Edisi ke-22 Sukan Malaysia (Sukma) akan membuka tirai secara rasminya pada Sabtu ini dengan Selangor sekali lagi akan bertindak selaku tuan rumah buat kali kedua sepanjang sejarah temasya itu.

Sukma sering kali dilihat sebagai pentas untuk atlet muda mula merasai suasana temasya sebenar dengan mewakili kontinjen negeri masing-masing.

Berdasarkan sejarah, temasya dwitahunan itu telah melahirkan ramai ikon sukan negara. Sukma menjadi pentas bermulanya perkembangan atlet muda sebelum peralihan ke fasa lebih besar selaku atlet kebangsaan dan seterusnya membawa nama negara ke pentas lebih tinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau sekurang-kurangnya Sukan SEA.

Sukma juga menjadi tempat memupuk semangat kesukanan, jati diri dan modal insaniah buat atlet-atlet muda  untuk dipersiapkan menghadapi pentas lebih besar.

Sebagai contoh, 18 tahun lalu, dalam penampilan Sukma ketiganya, Datuk Azizulhasni Awang, yang mewakili Terengganu pada usia 20 tahun, meraih dua pingat emas di laman sendiri sebelum berkembang bersama skuad kebangsaan untuk meraih pingat perak Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020 selepas meraih gangsa di Rio empat tahun sebelum itu.

Tidak kurang menariknya kisah bekas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, yang menghadapi masalah tiket penerbangan dari Sarawak untuk beraksi dalam Sukma di Negeri Sembilan pada 2004.

Ia menyaksikan Pandelela, yang pada ketika itu baru berusia 11 tahun, terpaksa melupakan temasya sukan pertamanya itu tetapi dua tahun kemudian, dalam edisi Sukma di Kedah, Pandelela membuktikan kemampuannya dengan mememangi tiga pingat emas dan dua perak.

Daripada Sukma, Pandelela kemudian berkembang pesat menjadi penerjun terbaik negara sehingga memenangi dua pingat Sukan Olimpik, iaitu pingat perak 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong di Rio pada 2016 selepas turut meraih gangsa dalam acara 10m platform individu wanita di London pada 2012.

Sukma juga mengajar atlet muda untuk menerima dan bangkit daripada kegagalan. Cerminan terbaik yang boleh dilihat adalah menerusi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

24 tahun lalu, dalam final acara badminton perseorangan lelaki Sukma Sabah 2002, Chong Wei, yang ketika itu mewakili Pulau Pinang pada usia 20 tahun, tewas kepada wakil Selangor, Hafizh Hashim, untuk berpuas hati dengan pingat perak dalam penampilan keduanya.

Namun, momen itu menjadi titik tolak bakatnya dikesan seorang lagi legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, yang ketika itu merupakan jurulatih Hafiz.

Di bawah bimbingan Misbun, Chong Wei berkembang menjadi pemain perseorangan yang ditakrifkan 'hampir sempurna' dengan 69 gelaran utama dan rekod dunia 349 minggu sebagai pemain nombor satu dunia selain tiga pingat perak berturut-turut Sukan Olimpik dari 2008 hingga 2016.

 

 

Tiga kisah di atas boleh dijadikan contoh yang membuktikan satu perjalanan panjang harus bermula dengan langkah pertama dan dalam kisah-kisah ini, Sukma menjadi langkah pertama buat ikon-ikon sukan ini sebelum menyertai temasya terbesar dunia, Sukan Olimpik.

Dalam memastikan ada kesinambungan daripada Sukma ke pentas lebih tinggi, semua pihak yang berkepentingan seperti Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan kebangsaan perlu memainkan peranan dalam mengesan atlet-atlet terbaik dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

Siapa tahu ada dalam kalangan atlet Sukma tahun ini ada yang akan menjadi ikon negara pada masa akan datang?

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video