Abang pemain kebangsaan, Safawi Rasid, iaitu Fathi Rasid, difahamkan tampil bersuara mengenai situasi pemain Kuching City itu sekali gus menafikan segala tuduhan di media sosial yang dilemparkan kepada adiknya itu.
Perkara itu susulan Safawi yang terpaksa meninggalkan kem Harimau Malaya apabila terpaksa pulang atas urusan keluarga.
Pemain berusia 29 tahun itu sudah sampai di Guandong dan telah melakukan latihan harus kembali ke tanah air, serta menyaksikan Harimau Malaya kehilangan seorang bintang menghadapi perlawanan persahabatan tier 1 bertemu China -yang berakhir dengan keputusan tewas 0-2 malam tadi- dan akan bertemu Yaman pada Selasa nanti.
Dalam satu perkongsian di laman Thread, Fathi menegaskan: "Aku abang dia, aku ada hal keluarga, kau jangan masuk campur..." kongsinya seperti yang tular.