Skip to main content

Pickleball

Mega Iftar Pickleball Himpunkan 33 Kelab, Eratkan Perpaduan Komuniti

Pickleball Mega Iftar

Komuniti pickleball tempatan bakal mencipta satu lagi detik bermakna apabila lebih 100 hingga 120 pemain dan peminat daripada 33 kelab pickleball berkumpul dalam program Mega Iftar Pickleball yang akan berlangsung pada 15 Mac di 11Pikelbola, Danau Golf UKM.

Inisiatif ini dicetuskan oleh Farhad, penasihat Bangi Picklers, dengan objektif untuk mengeratkan perpaduan, ukhuwah dan keharmonian komuniti melalui sukan pickleball yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Advertisement

Menariknya, program ini dipercayai menjadi acara berbuka puasa pertama yang dianjurkan oleh komuniti pickleball, sekali gus menyediakan platform unik untuk menghimpunkan pemain daripada pelbagai kelab dan latar belakang dalam suasana Ramadan yang penuh kebersamaan.

Antara tarikan utama program ini termasuk hidangan lebih 16 jenis juadah berbuka puasa, aktiviti mini games pickleball, exhibition match, cabutan bertuah, bermain bunga api serta aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang akan diagihkan kepada masyarakat sekitar.

Selain berbuka puasa bersama, program ini turut diserikan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah, sekali gus menggabungkan elemen sukan, komuniti dan nilai kemasyarakatan dalam satu penganjuran.

Penganjuran Mega Iftar Pickleball ini turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan penaja antaranya 11Pikelbola, Lemang Panjang, Nieza Salon Muslimah, Seri Wajah Muslimah, Makcik Urut Muslimah, Ummy Wax Hair Removal dan Sport Massage Ezzam. Sokongan ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam menyokong pembangunan komuniti sukan serta mengukuhkan hubungan masyarakat melalui aktiviti yang positif.

Program dijadualkan bermula seawal 3.00 petang dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, diikuti ketibaan tetamu, sesi sidang media, majlis berbuka puasa serta pelbagai aktiviti komuniti sehingga malam.

Topik Berkaitan

Must Watch Video