Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M. Thinaah dinobat juara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PT

Menang tanpa bertanding.

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meraih kejuaraan Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas pihak lawan menarik diri pada saat akhir di Istora Senayan, hari ini.

Advertisement

Perkara itu dikemas kini oleh laman jadual perlawanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi, menyaksikan gandingan ranking kedua dunia itu merangkul gelaran sulung musim ini.

Setakat ini, belum ada butiran lanjut mengapa wakil Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi, menarik diri daripada bermain aksi final kejohanan super 500 itu.

Untuk rekod, ini merupakan gelaran ketujuh Pearly dan Thinaah sepanjang bersama dalam siri jelajah BWF itu sejak 2021.

Must Watch Video