Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City mara ke pentas akhir Piala FA buat kali keempat berturut-turut

CITY

Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Southampton 2-1 sekali gus mengesahkan slot ke pentas akhir Piala FA Inggeris buat kali keempat berturut-turut.

Southampton mencipta sensasi selepas menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan suku akhir itu membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Finn Azaz pada minit ke-79, sebelum gol Jeremy Doku mengikat kedudukan menjadi 1-1 selang empat minit kemudian.

Advertisement

 

 

 

Ketika kedua-dua pasukan giat memburu gol kemenangan, rembatan roket Nico Gonzalez daripada Jarak 30 ela menewaskan Daniel Peretz untuk memacu skuad The Netizens mara ke pentas final sekali lagi.

Untuk rekod, City telah menjulang trofi Piala FA tujuh kali dengan Chelsea mahupun Leeds United akan menanti mereka dalam aksi final pada 16 Mei nanti di Stadium Wembley.

Must Watch Video