Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sedia berbincang mengenai hala tuju penganjuran MotoGP Malaysia bagi tahun-tahun mendatang.
Selepas berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MotoGP Sports Entertainment, Carmelo Ezpeleta, yang mahukan jenama Malaysia terus jadi penaja terbesar.
Zahid tidak menolak yang impian itu realistik untuk dilaksanakan dan terus menjadi antara acara yang menjadi tumpuan antarabangsa.
Dia ditemui ketika Program Sembang Santai MotoGP Bersama Timbalan Perdana Menteri yang menghimpunkan lebih 3,000 peminat sukan permotoran yang turut dihadiri Wazi Abdul Hamid, Zulfahmi Khairuddin dan Azlan Shah Kamaruzaman.
"Saya telah berjumpa Carmelo. Dia telah menawarkan kepada Petronas untuk menjadi penganjur kepada MotoGP Malaysia.
"Beliau beritahu bahawa ini adalah tahun terakhir Petronas menjadi penganjur.
"Tapi di negara lain, syarikat minyak nasional atau tempatan menjadi penaja.
"Dia meminta supaya bukan sebarang multinasional luar negara yang menaja, dia mahu nama Malaysia itu sinonim dengan Petronas," katanya.