Skip to main content

Bola Sepak

Luar biasa -- Mikel Arteta puji ketenangan Dowman sebelum ledak gol kemenangan Arsenal

dowman

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Everton awal pagi tadi sebagai antara momen paling istimewa buat pasukannya selepas gol lewat daripada Viktor Gyokeres dan pemain muda, Max Dowman, memastikan mereka terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Arteta, jaringan Dowman sekali gus muncul sebagai penjaring termuda Arsenal dalam saingan liga itu merupakan momen luar biasa yang sukar dilupakan oleh pasukan dan penyokong The Gunners di Stadium Emirates.

Advertisement

“Ia momen yang luar biasa.  Sebelum perlawanan kami bercakap mengenai keinginannya untuk memenangi setiap situasi di atas padang dan pemain menunjukkan komitmen serta kualiti yang sangat hebat,” katanya.

Jurulatih berusia 43 tahun itu berkata keputusan menurunkan Dowman pada penghujung permainan itu dilakukan berdasarkan naluri selepas melihat prestasi semasa pemain berusia 16 tahun itu dalam sesi latihan.

“Saya ada perasaan bahawa ini adalah masanya. Dia tidak kelihatan tertekan dengan suasana perlawanan, pemain lawan atau keadaan. 

“Dia bermain secara semula jadi dan membuat keputusan untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa,” tambahnya.

Mengulas mengenai gol Dowman, Arteta menjelaskan suasana ketika jaringan itu tercipta dengan luar biasa sehingga seluruh stadium seolah-olah menikmati detik itu.

“Bagi saya ia terasa seperti 45 saat yang panjang. Anda boleh rasakan sesuatu yang istimewa sedang berlaku, ia satu momen yang cukup luar biasa,” tambah Arteta.


 

 

Must Watch Video