Skip to main content

Berbasikal

LTdL: KBS mahu muktamadkan penyumbang dana lebih awal, elak isu 'title sponsor'

LTdL: KBS mahu muktamadkan penyumbang dana lebih awal, elak isu 'title sponsor'
Advertisement

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memulakan perbincangan lebih awal bagi memastikan isu ketiadaan penaja utama atau title sponsor tidak berulang pada penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, berkata perancangan awal bersama Majlis Sukan Negara (MSN) penting bagi memastikan kedudukan kewangan perlumbaan berbasikal berprestij itu dapat dimuktamadkan sebelum edisi seterusnya berlangsung.

Advertisement

Langkah itu susulan cabaran yang dihadapi penganjuran LTdL 2026 apabila perlumbaan berkenaan berlangsung tanpa penaja utama, antara lain dikaitkan dengan keputusan penganjuran yang dibuat agak lewat.

Menurut Taufiq, KBS dan MSN akan meneliti keperluan kewangan serta mendapatkan komitmen pihak berkaitan lebih awal supaya perancangan perlumbaan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Advertisement

“Jadi kalau tahun hadapan kita ada dana yang cukup, sudah pasti kita ingin masuk ke Langkawi sesuai dengan namanya iaitu Le Tour de Langkawi.

“Tapi kita tetap melihat faktor kewangan dan juga perkara-perkara berkaitan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Le Tour de Langkawi 2026 yang diadakan bagi menghargai sumbangan serta usaha semua pihak dalam menjayakan edisi ke-30 perlumbaan itu.

Keinginan untuk memastikan perlumbaan kembali menjelajah Langkawi turut membawa makna tersendiri kepada identiti LTdL, yang sinonim dengan pulau peranginan itu sejak penganjurannya diperkenalkan.

Bagaimanapun, kemampuan kewangan kekal menjadi faktor utama dalam menentukan skala dan laluan perlumbaan.

Justeru, perbincangan lebih awal dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan LTdL bukan sahaja dapat diteruskan, malah mempunyai perancangan penajaan yang lebih stabil untuk edisi akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video