Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Tunggu keputusan kabinet -- MSN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MSN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, memaklumkan status penganjur kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 hanya akan diketahui selepas mendapat kata putus daripada mesyuarat jemaah menteri.

Jelasnya, semua proses utama sudah berjalan di peringkat dalaman termasuk kertas kerja kabinet yang telah diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisement

Jefri mempercayai segala keputusan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya April hadapan, sekali gus memberi laluan persiapan penganjuran kejohanan berbasikal lebuhraya yang bakal memasuki edisi ke-30 tahun ini.

"Kami telah menghantar kertas kabinet kepada KBS untuk dibentangkan dalam mesyuarat dalam masa terdekat.

"Kami akan menunggu keputusan sebelum diumumkan.

"Bagaimanapun, kami telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan pihak persatuan untuk memastikan LTdL dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Buat masa sekarang, perancangannya adalah pihak KBS akan mengajurkan dan MSN diberi tanggungjawab untuk memastikan kejohanan itu berjalan lancar.

"Tetapi kami masih menunggu keputusan kabinet atas cadangan tersebut," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. 

Must Watch Video