Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Wan Rohaimi optimis Penang mampu beri KL City 'kejutan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ro

Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, mengakui Kuala Lumpur (KL) City berada dalam kelas tersendiri selepas skuad Warga Kota itu hanya tewas sekali sahaja kempen Liga Super 2025/26 setakat ini.

Namun, Wan Rohaimi tidak gentar susulan pasukannya juga  hadir di Stadium Cheras dengan momentum terbaik selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini ketika menentang Melaka dan Terengganu sekali gus memburu kemenangan ketiga dalam kalendar 2026.

Advertisement

 

 

 

"Alhamdulilah setakat dua perlawanan dalam 20265 ini kami meraih enam mata, konsistensi amat penting. Kami tahu KL hanya tewas sekali kepada JDT.

"Pemain KL berkualiti dan berpengalaman, saya tegaskan kepada pemain saya sedia bersedia sepanjang 90 minit. Saya optimis boleh lakukan kejutan kami datang dengan momentum terbaik." katanya.
 

Must Watch Video