Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Datuk Dollah Salleh, tidak menafikan sudah menjangkakan keputusan yang bakal diterima pasukannya selepas skuad Warga Kota itu tewas 0-6 di Cheras malam tadi.
Perkara itu susulan KL City mengharungi krisis kekurangan pemain apabila hanya menyenaraikan 10 pemain dalam kesebelasan utama, selain satu pemain di bangku simpanan.
Jurulatih berusia 62 tahun itu juga berkongsikan konflik itu 'tidak pernah terjadi dalam hidup saya' sepanjang dia berada dalam kancah bola sepak tanah air.
"Keputusan sudah dijangka, dengan apa yang berlaku Ketika ini. Dalam babak pertama, kami beraksi dengan 10 pemain tetapi kami sudah berikan yang terbaik.
“Kita dapat berita transfer ban dah ada keputusan bahawa kita dah lepas daripada penggantungan”, Dollah Salleh sahkan KL City sudah bebas daripada sekatan perpindahan FIFA. 🔓@ASTROARENA pic.twitter.com/3JVK3eKUil
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 26, 2026
"Nampak keletihan pada pemain tetapi nak lakukan pertukaran tiada pemain, jadi banyak bertahan agar kurang jaringan daripada Kuching.
"Paling penting saya lihat komitmen mereka, saya juga kesian dengan pemain, mereka telah beri yang maksimum.
"Tidak pernah berlaku dalam hidup saya, ini kali pertama. Saya katakan kepada pemain, yang penting pamerkan aksi terbaik, lupakan aksi ini." katanya.
KL City menerima khabar gembira menjelang perlawanan seterusnya berdepan DPMM pada Sabtu ini, apabila difahamkan pasukan itu sudah bebas daripada sekatan perpindahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus membolehkan kelab ibu kota itu menandatangani pemain lain.