Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjelaskan kegagalan mengendalikan situasi bola mati dengan baik, lebih-lebih lagi dalam sepakan sudut menjadi punca dibelasah empat gol di tangan Selangor, malam tadi.
Bekas pemain negara itu kecewa selepas skuad Haria Penang Haria bermula dengan baik apabila tampil memberi tentangan sebelum dibolosi gol pertama.
Advertisement
"Gol kedua dan ketiga (Selangor) hasil daripada sepakan penjuru yang telah saya ingatkan -- teratur -- dan masih gagal dikendalikan dengan baik.
"Gol keempat merupakan satu gerakan berkualiti.
"Dalam perlawanan sebesar ini, apabila pihak lawan menjaringkan gol melalui bola pegun, bukan mudah untuk menyaingi.
"Betapa susahnya kami untuk menjaringkan gol. Kami ada peluang -- pada akhirnya ofsaid -- sekurang-kurangnya letaklah bola ke dalam gawang dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.
"Dalam beberapa perlawanan terakhir, kami mencipta peluang tetapi gagal melepasi garisan gol.