Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Safawi Rasid mahu runtuhkan ego Selangor

Pawi

Penyerang Kuala Lumpur (KL) City, Safawi Rasid, yakin dengan persiapan pasukannya melayani kunjungan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras malam ini.

Meskipun pertemuan kedua kedua-dua pasukan tahun lalu berkesudahan seri tanpa jaringan, bintang Harimau Malaya itu positif dengan momentum The City Boys untuk menghasilkan keputusan berlainan kali ini.

Advertisement

Pertembungan musuh tradisi Derbi Lembah Klang itu sering menyajikan aksi hangat, selain kemeriahan peminat yang hadir.

"Semua pemain termasuk barisan kejurulatihan sudah tahu apa yang perlu dibuat.

"Perlawanan itu sangat penting. Ia demi bersaing untuk tempat kedua liga.

"Kami hanya fokus untuk membina pasukan.

"Saya ingin menjaringkan gol dan buat yang terbaik," katanya. 

Must Watch Video