Luqman Hakim Shamsuddin membalas kepercayaan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, dengan jaringan pada minit ke-40 dan minit ke-50 ketika membantu skuad Jang mengetepikan Kelantan The Red Warrior (TRW), malam tadi.
Rencana daripada situasi mengejut sebelum sepak mula di Paroi itu mengembalikan Negeri Sembilan ke landasan kemenangan selepas kali terakhir dilakarkan dua bulan lalu.
Advertisement
Pemain berusia 25 tahun itu -- yang baru kembali cergas -- lebih kerap diturunkan di bahagian sayap, baik kiri mahupun kanan.
"Dia terpaksa bermain sebagai penyerang selepas (Joseph) Esso dilanda sedikit kecederaan ketika sesi memanaskan badan, kami tidak mahu mengambil risiko.
"Lariannya yang sentiasa ke belakang pertahanan itu bagus terutama gol kedua.
"Semua orang berhak (dipuji atas) kerja keras ini.
"Saya gembira dengan kekompakkan kami dalam separuh masa kedua," kata Nidzam dalam sidang media selepas kemenangan 2-0 itu.