Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penang raih tiga mata dengan usaha mereka sendiri -- Wan Rohaimi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang

Kuala Lumpur (KL) terpaksa berputih mata selepas dikecewakan Penang 0-1 untuk kekalahan kedua skuad warga kota dalam kempen Liga Super 2025/26 musim ini.

Kemenangan itu lebih manis susulan Penang meneruskan rekod kemenangan buat kali ketiga berturut-turut, selain  perlawanan berakhir tanpa bolos.

Advertisement

KL City mendominasi bahagian tengah padang selain memiliki lebih percubaan kearah gawang gol pihak lawan tetapi jaringan 'Bicycle Kick' cukup cantik oleh Faith Friday Obilor meletakkan Penang di depan.

 

 

 

Ia merupakan gol kedua peribadinya yang juga kali kedua berturut-turut selepas jaringan pertama ketika menentang Melaka sebelum ini.

"Tahniah kepada seluruh kem Penang, mereka raih tiga mata dengan usaha mereka sendiri, bersaing 90 minit, walaupun apa jadi dalam padang mereka tetap berjuang.

"Namun, tetap ada yang perlu diperbaiki."  kata jurulatih Penang, Wan Rohaimi.

Topik Berkaitan

Must Watch Video