Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kalah 0-5 simbolik tunggakan gaji 5 bulan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm fc

0-5 untuk tunggakan gaji lima bulan?

Keputusan tewas 0-5 PDRM di tangan Imigresen dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan semalam seolah-olah menjadi simbol kepada krisis tunggakan gaji yang membelenggu The Cops ketika ini.

Advertisement

Difahamkan, barisan pemain pasukan itu tidak menerima pembayaran gaji selama lima bulan, iaitu sejak Mei lalu, sekali gus menyukarkan mereka untuk bersaing musim ini.

Ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Ini bukan keputusan yang kami inginkan kerana saya percaya, dengan kualiti yang dimiliki pemain, mereka boleh memberikan aksi lebih baik.

"Tetapi dengan keputusan 0-5 ini, kami perlu menilai semula kesluruhan pasukan dan tempoh dua minggu ini kami akan menggunakan sebaik mungkin sebagai persiapan sebelum menentang pasukan Sabah.

"Saya harap pemain masih positif, kekal bersama dan sudah pasti kami mahukan sesuatu yang positif."


 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video