Selepas berlangsungnya enam aksi Liga Super 2026/27, hanya Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor sahaja yang masih kekal dengan rekod bersih tanpa tewas selain menang semua perlawanan.
Menariknya bagi juara 12 kali berturut-turut itu, mereka bukan sahaja belum tewas malah sudah pun meledak 28 gol tanpa bolos setakat ini.
Sementara di kem Selangor, anak buah Kim Pan-gon telah mencetak 17 gol dengan empat kali dibolosi.
Dengan perjalanan Liga Super yang masih lagi panjang, adakah kita akan dapat lihat persaingan sengit kedua-dua kelab ini sehingga ke penghujung musim? Sama-sama kita nantikan.