Pemain tengah Penang, Arif Syaqirin Suhaimi, menjadikan 'nyawa' kedua iaitu peluang beraksi bersama Penang sebagai pentas untuk meletakkan semula namanya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Arif mendedahkan peluang itu tidak datang dengan mudah setelah menjadi 'penganggur' sementara akibat tidak mempunyai pasukan pada awal musim.
Advertisement
Namun, bekas kapten skuad remaja kebangsaan itu mula membuktikan kewibawaannya apabila berjaya membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Kumbang dalam beberapa perlawanan termasuk pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu.
"Terima kasih kepada pengurusan Penang dan barisan kejurulatihan kerana memberi saya peluang.
"Bagi saya, belum cukup berpuas hati tentang prestasi sendiri.
"Saya akan membuat yang terbaik.
"Agak mencabar. Ada dua pasukan memberi tawaran tetapi tiada pengesahan rasmi.
"Saya mahu menaikkan semula nama saya," katanya di Nadi Weekend.
Untuk rekod, Arif beraksi selama empat musim bersama Kuala Lumpur (KL) City sejak 2021, namun kontraknya tidak dilanjutkan sejurus musim 2024/2025 berakhir.