Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Rahmat Makasuf, Nabil Ahmad pacu kemenangan Kedah, layak secara merit ke Piala Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala malaysia

Kedah mencipta kemenangan kelapan dalam kempen minggu ke-15, Liga A1 Semi-Pro 2025/26 selepas menewaskan Seoul Phoenix 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, sebentar tadi.

Meskipun kedua-dua pasukan buntu dalam babak pertama, Sang Kenari yang turun selaku pasukan pelawat di Sepang memecah kebuntuan pada minit ke-53 menerusi rembatan Rahmat Makasuf yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan, Suwan Ko.

Advertisement

Nabil Ahmad Latpi menggandakan kedudukan buat skuad Lang Merah dengan gol kedua pada minit ke-79 sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat skuad kendalian Victor Andrag itu.

 

 

Kemenangan ini menyaksikan Kedah muncul pasukan ketiga daripada kancah liga yang layak secara merit ke saingan Piala Malaysia musim ini di samping Perak dan juga UM Damansara United.

"Alhamdulilah dapat tiga mata, tahniah semua pemain. Perlawanan agak perlahan, mungkin kami perjalanan jauh yang dihadapi pemain.

"Daripada merit kami layak tetapi terpulang kepada pihak pengurusan untuk ke Piala Malaysia atau tidak." kata Penolong jurulatih, Zilkifli Jaafar.

Topik Berkaitan

Must Watch Video