Skip to main content

Badminton

Lee Zii Jia tangguh kepulangan ke BAM hari ini

LZJ

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat menghadirkan diri ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk persiapan Piala Thomas ekoran kecederaan.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kennneth Jonassen, memaklumkan ia adalah kecederaan ringan di buku lali dan tidak merisaukan.

Advertisement

"Dia tidak dapat menyertai latihan hari ini kerana sedikit kecederaan pada buku lali.

"Bagi saya, ini perkara biasa apabila pemain berlatih keras dan cuba membuat persiapan terbaik. Kecederaan kecil seperti ini memang akan berlaku," katanya.

"Saya melihat ini sebagai kecederaan kecil yang boleh diatasi. Saya tidak terlalu memberi fokus terhadap perkara ini.

"Apa yang penting adalah dia pulih sepenuhnya dan boleh kembali memberikan 100 peratus. Masih ada masa, jadi tidak perlu tergesa-gesa," katanya.

Bekas juara Seluruh England itu menjadi taruhan apabila disenaraikan untuk mewakili negara dengan misi merangkul kejuaraan kejohanan berprestij itu. 

Must Watch Video