Penuntut Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Lee Ronn tampil cemerlang apabila sumbang pingat perak dalam penampilan di Kejohanan Wushu Remaja Dunia berlangsung di Tiajin, China.
Lee Ronn yang merupakan atlet pelapis kebangsaan harumkan nama negara menerusi kilauan pingat perak dalam disiplin changquan dalam kejohanan yang berakhir pada selasa.
Advertisement
Lee Ronn tamat dengan catatan mata 9 perpuluhan 21 tamat di kedudukan kedua terbaik keseluruhan di belakang wakil tuan rumah, Lin Yilei yang unggul dengan pungutan mata 9 perpuluhan 263.
Gangsa pula menjadi milik atlet muda Singapura .