Bahang Larian Menara Kuala Lumpur (KL) International Challenge 2026 semakin terasa dengan hampir 2,000 penyertaan yang bakal mewarnai saingan pada Ahad ini.
Penganjuran yang sudah menginjak angka 24 tahun, juga menyambut ulang tahun ke-30 mercu tanda ikonik, Menara Kuala Lumpur.
"Saya seorang peninju jadi pastinya saya mempunyai stamina yang tinggi.
"Tapi saya belum pernah menyertai perlumbaan larian menara.
"Apa pun saya banyak berlatih teknik latihan kaki peninju Rocky Balboa di Philadelphia," kata peserta dari Amerika Syarikat.
Peserta tempatan, Mahathir Misni, pula berkata: "Soh Wai Ching adalah 'sifu' saya, saya berlatih bersamanya.
"Saya telah menyertai perlumbaan ini sejak 2022 dan berharap dapat menamatkan larian ini di bawah 20 minit selepas melakukan 23 minit tahun lalu."