Lamine Yamal dan Dani Olmo menjadi watak penting membantu kejayaan Barcelona menewaskan Alaves dalam saingan La Liga 2025/26 di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.
Pablo Ibanez terlebih dahulu memberikan pasukan pelawat kelebihan awal selepas menewaskan Joan Garcia seawal minit pertama.
Advertisement
Namun, selang tujuh minit kemudian menyaksikan Yamal menjaringkan gol penyamaan apabila memanfaatkan peluang terhidang hasil gerakan Alejandro Balde.
+3! ✅ pic.twitter.com/ern1GnsvmU
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 29, 2025
Tidak terhenti di situ, giliran perancang tengah, Dani Olmo, membuktikan ketajamannya sekali lagi selepas menolak masuk hantaran Raphinha pada minit ke-26 untuk jaringan kedua Barcelona dalam separuh masa pertama.
Barcelona mengungguli perlawanan dengan menguasai 70% perlawanan secara keseluruhan, meskipun beberapa siri peluang hadir tetapi tidak berjaya menambah jaringan.
Barca terpaksa menunggu lama sehingga minit kecederaan apabila Dani Olmo selepas menerima hantaran dari Yamal untuk Barcelona selesa dengan kemenangan 3-1 di laman sendiri.
