Skip to main content

Bola Sepak

Lagi insiden pukul pengadil terjadi

Thoriq

Kecoh pengadil bertaraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerima kecaman daripada tuan rumah ekoran tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dalam satu perlawanan pada Sabtu lalu.

Video memaparkan kelibat peminat sempat memukul Thoriq Alkatiri usai tamat aksi yang berkesudahan 3-3 di Stadium Gelora Kie Raha, Ternate Indonesia.

Advertisement

Insiden itu terjadi kerana Thoriq membatalkan gol kemenangan Malut United menentang PSM Makassar pada minit kecederaan oleh David da Silva, sekali gus membangkitkan kemarahan penonton.

Berdasarkan penilaian video bantuan pengadil (VAR), jaringan tersebut jelas ditarik kerana berlaku perlanggaran sebelum Silva menemui sentuhan penyudah.

Meskipun dikawal ketat oleh pegawai keselamatan, ia gagal melindungi Thoriq daripada dipukul peminat sebelum terus berlari menuju bilik persalinan.

Situasi melibatkan pengadil bukan asing di Liga Indonesia dan sering menjadi mangsa protes peminat. 
 

Must Watch Video