Skip to main content

Maraton

Kontrak penajaan atlet ditamatkan gara-gara mengandung

Kontrak penajaan atlet ditamatkan gara-gara mengandung

Pelari maraton Amerika Syarikat, Emma Bates, yang sering mendapat tajaan pelbagai syarikat jenama sukan rantau Amerika dikejutkan dengan berita penamatan kontrak salah sebuah syarikat sukan berpangkalan di Connecticut.

Hal ini terjadi selepas Bates mengumumkan berita dia bakal menimang cahaya mata dan bakal terlepas beberapa kejohanan besar antaranya Boston Maraton.

Advertisement

Bates yang sudah empat tahun menjalinkan kerjasama utuh bersama syarikat terbabit terkilan dengan keputusan penaja.

Namun pihak syarikat tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kontrak Bates ditamatkan ekoran mengandung, sebaliknya membuat keputusan penamatkan kontrak sebelum mengetahui status sebenar.

Perkara itu cukup besar dalam undang-undang Amerika Syarikat yang memperuntukkan perlindungan buat wanita mengandung di bawah mana-mana sektor pekerjaan.

Untuk rekod, Bates cukup disegani dalam komuniti maraton Amerika Syarikat menerusi deretan pencapaian membanggakan di kejohanan major seperti Boston dan Chicago.

Must Watch Video