11 Oktober lalu, satu perkongsian mengejutkan oleh Ratchaburi apabila memaklumkan Jonathan Viera sah berpisah dan meninggalkan kelab tersebut serta merta, sekali gus hanya bertahan selama empat bulan.
Gergasi Thailand itu memutuskan untuk menamatkan kontrak setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.
Tonggak berusia 36 tahun itu sempat beraksi dalam lima penampilan bersama The Dragons musim ini termasuk diturunkan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Shanghai Port pada bulan lalu.
Malam tadi, satu lagi berita terbaharu menyaksikan pemain kelahiran Sepanyol itu sah mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak profesional pada usia 37 tahun.
Untuk rekod, dia pernah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) pada awal 2025 sebelum meninggalkan Harimau Selatan pada Julai 2025 dengan membuat empat penampilan.
Viera turut pernah beraksi dalam LaLiga selain Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum ini.