Baru-baru ini tular pemain kebangsaan Iran, Mehdi Taremi, yang ketika ini sedang beraksi buat pasukan Olympiacos, mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya.
Begitupun, perkara itu dinafikan ejennya, Federico Pastrello, yang menjelaskan khabar angin itu sebagai berita palsu.
Advertisement
"Kenyataan berkaitan Teremi (yang tular) sejak beberapa jam lalu adalah tidak benar. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya di Athens dan berdedikasi terhadap kerjaya profesionalnya.
🚨🚨 BREAKING: Mehdi Taremi, striker for the Iranian national team and current Olympiacos F.C. player, has reportedly informed his club of his decision to return home and join the military.
Taremi is said to believe that this is the moment his country needs him most, and he is… pic.twitter.com/9XXglflZAr— MatchDay Central (@MatchDCentral) March 4, 2026
"Kami memohon agar salah tafsir atau laporan yang tidak tepat dapat dielakkan dalam tempoh yang sensitif ini. Kami percaya dengan rasa tanggungjawab dan hormat setiap individu." katanya.
Untuk rekod, Taremi sebelum ini mencipta nama di Eropah bersama Porto dan Inter Milan, selain menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan Iran dengan reputasi sebagai penjaring prolifik.