Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Konflik AS-Iran: AFC tangguh semua perlawanan ACLE di Asia Barat

ACLE

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu sebaran media sebentar tadi mengesahkan bahawa kesemua perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Timur Tengah esok dan lusa akan ditangguhkan.

Ia berikutan ketegangan yang sedang beraku di antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran di rantau itu.

Advertisement

"Dengan mengambil kira keadaan yang sedang berlaku di Timur Tengah, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa perlawanan pertama pusingan 16 ACLE Wilayah Barat, yang pada asalnya dijadualkan pada 2–3 Mac 2026, kini akan dijadualkan semula," kata AFC.

AFC turut memaklumkan aksi suku akhir Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Liga Cabaran AFC (ACGL) di wilayah sama juga ditangguhkan.

Badan induk itu akan memantau perkembangan semasa dan sentiasa mengutamakan keselamatan pasukan, pemain, pegawai dan penyokong.

 

Must Watch Video