Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan hukuman denda sebanyak AS$1,750 (RM7,150) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Perkara itu susulan badan induk bola sepak Asia itu mendapati skuad B-20 negara yang lewat memasuki padang ketika aksi Kelayakan Piala Asia menentang Laos sebelum ini.
Menerusi MakanBola, berkongsikan: "Anak buah Shukor Adan didapati lewat kembali ke padang untuk separuh masa kedua sebanyak satu minit dan 24 saat (s). Ini kali keempat FAM dikenakan hukuman atas kesalahan tersebut." katanya.
Selain FAM, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) juga antara yang dikenakan denda (AS$8,750) berhubung Tindakan penyokong membaling suar ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-20 berdepan Iraq pada 6 September lalu.