Skip to main content

Bola Jaring

Klinik NSL terus gilap bakat muda, UNITEN sediakan kemudahan bertaraf tinggi

Klinik NSL terus gilap bakat muda, UNITEN sediakan kemudahan bertaraf tinggi

Universiti Tenaga Nasional sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Klinik NSL -- kali kedua penganjuran program pembangunan ini diadakan di institusi tersebut.

Kemudahan bertaraf tinggi seperti gelanggang berkualiti, persekitaran kondusif serta infrastruktur lengkap menjadi faktor utama pemilihan lokasi.

Advertisement

Program ini memberi fokus kepada latihan intensif kemahiran asas, peningkatan taktikal permainan dan pendedahan awal kepada suasana kompetitif.

Klinik kali ini turut diserikan dengan kehadiran pemain Melaka Mystic termasuk dua import dari Jamaica dan Zimbabwe yang berkongsi pengalaman bersama peserta muda.

Inisiatif pembangunan seperti Klinik NSL terus menjadi platform penting dalam melahirkan bintang masa depan bola jaring negara.

Must Watch Video