Skip to main content

Advertisement

Bola Jaring

Klinik NSL 2026 bakal melahirkan generasi pemain profesional & pelapis masa depan negara

KUALA LUMPUR, 6 March 2025 – Bahang Netball Super League (NSL) kian terasa menjelang musim kelima yang bakal berlangsung April nanti, dan perjalanan menuju pentas liga bermula lebih awal dengan 
penganjuran Klinik NSL 2026. Tahun ini, Astro Kasih menerusi Astro Arena meneruskan komitmen 
memperkasa sukan wanita dan belia melalui program latihan profesional yang kini memasuki musim 
ketiga.

Tahun ini, Klinik NSL bakal mencipta sejarah dengan pengenalan Klinik NSL Boot Camp, sebuah platform elit yang menghimpunkan peserta terbaik dari setiap lokasi untuk menjalani modul lanjutan bersama jurulatih kebangsaan serta berpeluang beraksi di court rasmi NSL, termasuk kemunculan secara live di Astro Arena.

Advertisement

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, “Klinik NSL diwujudkan sebagai ruang untuk belia menonjolkan bakat dan melihat sejauh mana potensi yang mereka miliki. Matlamat kami bukan sekadar memberi latihan, tetapi membuka jalan agar impian mereka dalam bola jaring menjadi lebih dekat dan realistik untuk dicapai.”

“Generasi muda inilah masa depan NSL dan sukan negara. Dengan pendedahan dan bimbingan yang betul, mereka berpeluang menarik perhatian persatuan negeri dan jurulatih kebangsaan. Tidak mustahil juga, peserta klinik tahun ini bakal mewakili negeri atau negara pada masa hadapan,” katanya

Dalam kenyataannya, Nicholas turut menegaskan bahawa penganjuran edisi kali ini di lokasi terbuka di universiti memberi akses lebih luas kepada semua termasuk, pelajar sekolah, mahasiswa serta individu bukan pelajar untuk menyertai klinik yang telah dipertingkatkan modul serta kualiti pelaksanaannya. Pendekatan ini bertujuan memperluas rangkaian bakat baharu dan menyediakan laluan jelas kepada belia menuju arena profesional.

Klinik NSL 2026 akan memberi tumpuan kepada belia wanita berusia 15 hingga 24 tahun, termasuk pelajar sekolah, pelajar universiti serta orang ramai yang ingin mengembangkan potensi diri dalam suasana latihan bertaraf profesional. Program ini berperanan sebagai platform pembangunan akar umbi yang membuka laluan kepada bakat baharu untuk berpeluang melangkah ke Liga NSL atau mewakili skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Modul latihan pula akan merangkumi aspek teknikal, taktikal, kecergasan dan mentaliti kompetitif, dibimbing oleh jurulatih profesional dan pemain elit negara bagi memastikan peserta mendapat pendedahan latihan yang menyeluruh dan berkualiti.

Klinik NSL turut menerima sokongan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mencerminkan usaha bersepadu dalam memperkasa pembangunan sukan wanita dari peringkat sekolah hingga universiti. Penyertaan adalah percuma, namun tempat adalah terhad. Belia wanita berusia 15 hingga 24 tahun boleh mendaftar di: www.astro.com.my/klinikNSL

NSL bakal kembali membuka tirai bermula 17 April ini, menjanjikan aksi yang lebih mendebarkan dengan penyertaan lapan pasukan terbaik yang bakal berentap di gelanggang. Musim kali ini dijangka lebih kompetitif, lebih dinamik dan penuh dengan momen yang tidak boleh dilepaskan. Untuk perkembangan terkini, sorotan eksklusif dan kandungan di sebalik tabir, ikuti laman sosial rasmi Instagram nsl.my serta Facebook, MalaysiaNetballSuperLeague.

Saksikan musim kelima Netball Super League di Astro Arena (Saluran 801) dan sooka bermula 17 April 2026. Astro menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838. 

Must Watch Video