Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

KL City lonjak moral buru posisi kedua terbaik Liga Super

Liga-M

Memandangkan keputusan Selangor terikat tanpa jaringan ke atas Melaka, kelmarin, Kuala Lumpur (KL) City dan Kuching City menghidu peluang dalam perebutan gelaran naib juara Liga Super, yang turut menawarkan slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL2).

Justeru, ketua pasukan KL City, Paulo Josue, menganggap situasi ini sangat mengujakan dan fokus tertinggi perlu diberikan untuk tidak keciciran mata dalam baki perlawanan liga jika ingin merealisasikan impian ke pentas Asia.

"JDT (Johor Darul Ta'zim) kebal dalam saingan tempatan musim ini jadi agak sukar untuk menyaingi mereka.

Advertisement

"Empat pasukan sedang bersaing sengit untuk perebutan di tangga atasan, jurang matanya tidak besar.

"Jadi seronok dengan persaingan sihat seperti ini," katanya.

Sementara itu, Josue turut menghormati usaha keras pihak pengurusan untuk memenuhi segala tunggakan gaji pasukan.

Pemain naturalisasi Harimau Malaya itu menekankan apa jua yang berlaku di luar padang, dia dan rakan sepasukan akan tetap memberi segalanya demi skuad Warga Kota.

"Janggal untuk memahami andai kami yang dalam pemburuan slot ACL2 tidak menerima sokongan daripada pihak pengurusan.

"Presiden bersemuka dengan kami pada minggu lalu. Kami tidak mahu mengungkit isu terutama musim lalu di depan muka-muka baru.

"Penghargaan daripada pengurusan mampu menaikkan moral pasukan," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found