Tular di media sosial baru-baru ini dalam sebuah podcast di Indonesia memuji kepantasan dan kelincahan pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, ketika berada di atas padang.
Untuk rekod, dalam pertemuan terakhir antara Malaysia dan Indonesia dalam saingan Piala ASEAN FIFA menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, dengan Arif Aiman kerap menembusi pertahanan pasukan lawan dengan gerakan-gerakn berbahaya.
Seorang pemerhati dalam podcast itu berkongsikan: "Arif Aiman itu sampaikan legenda-legenda Malaysia ketika ditanyakan mengenai siapa pemain terbaik Malaysia, mereka akan kata (Arif) Aiman.
"Selepas melihat aksi Malaysia, keserasian satu pasukan itu sangat baik." kongsinya.
Seorang lagi pemerhati berpandangan, "Kita rasa takut ya kalau Arif Aiman sedang mengelecek, ketika dia bergerak di bahagian sayap itu sangat cepat.
"Dia berlari dan berani berdepan satu lawan satu. Pada pandangan saya, jika Malaysia berdepan Thailand, mungkin yang menang adalah Malaysia." katanya.