Skip to main content

Bola Sepak

Keraian bawa padah! Lompat papan iklan jatuh dalam terowong, gol batal

jatuh
Advertisement

Tular di media sosial satu kemalangan yang agak janggal berlaku melibatkan keraian seorang pemain selepas menjaringkan gol.

Kejadian itu berlaku di Stadium Couto Pereira, Brazil melibatkan pemain pertahanan tengah, Jacy Maranhão, sewaktu perlawanan Serie A Brazil di antara Coritiba dan Chapecoense hari ini

Advertisement

Ketua pasukan tuan rumah itu menghasilkan gol menerusi situasi bola mati dan semasa meraikan jaringan berkenaan, dia melompat melepasi salah satu papan iklan di tepi padang dan tindakan itu mengundang padah apabila kawasan yang dipilihnya merupakan salah satu tangga menuju ke terowong bawah padang.

Sebaik sahaja mendarat melepasi papan iklan itu, Jacy terus terjatuh ke dalam terowong stadium, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakan sepasukannya.

Advertisement

Keadaan menjadi lebih malang apabila jaringan yang diraikannya dengan bersungguh-sungguh itu kemudian dibatalkan oleh pengadil gara-gara dia dikesan berada di kedudukan ofsaid.

Jacy diberikan rawatan awal oleh kakitangan perubatan Coritiba dan sempat meneruskan permainan, namun terpaksa digantikan pada awal babak kedua.

Menurut laporan Cazé TV, dia terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan daripada kemalangan itu.

Pemain pertahanan itu kemudiannya dilihat berada di bangku pemain simpanan sambil meletakkan ais di bahagian buku lalinya.

Video:

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video