Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan CAS: Siapakah dalang sebenar? Azzuddin anggap isu masih tergantung

FAM

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, menyifatkan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya masih belum selesai sepenuhnya sambil mempersoalkan dalang sebenarnya.

Ujarnya, hingga kini masih timbul tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan belum ada mana-mana individu disabitkan bersalah ke atas skandal terbesar bola sepak negara berkenaan.

Advertisement

"Peletakan jawatan secara sukarela oleh exco FAM adalah satu tindakan, bahawa mereka bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

"Tapi siapa yang lakukannya? Macam kita masuk pasar raya dan mencuri telur, maka pencuri kena didakwa.

"Perkara ini masih belum tutup, masih tergantung," katanya di Nadi Arena.

Azzuddin turut berpandangan taraf kewarganegaraan tujuh pemain tersebut wajar dilucutkan memandangkan mereka bersubahat dalam pemalsuan dokumen.

Dia turut mempersoalkan asas pemberian taraf kewarganegaraan kepada tujuh individu berkenaan yang dilihat tidak beri manfaat jangka masa panjang kepada negara.

"Apa yang pengorbanan mereka dalam masa beberapa bulan kepada Malaysia.

"Adakah untuk bermain bola sepak sahaja, mereka perlu berikan alasan yang kuat untuk menjadi rakyat Malaysia.

"Pada penghujungnya apa yang dicapai kalau dibandingkan pengorbanan agensi keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

"Adakah tujuh pemain ini akan mempertahankan kedaulatan negara kita?" katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video