Tiada tempat buat pemenang Anugerah Kasut Emas Tempatan dalam skuad kebangsaan.
Bintang Kuching City, Safawi Rasid, kecewa selepas tidak dipilih mewakili Harimau Malaya dalam Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta dan Bandung, Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober 2026.
Perkara itu dikongsikan sendiri di Threads sambil memuat naik gambar dirinya memegang trofi Anugerah Kasut Emas Tempatan.
Namun, bagi penyerang berusia 29 tahun itu, dia enggan membiarkannya semangatnya terus luntur malah tetap banggan dengan pencapaiannya selain akan terus menyokong skuad kebangsaan.
Untuk rekod, kali terakhir Safawi dipanggil menyertai pasukan negara pada Mac lalu sewaktu perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam.