Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Vietnam buru sekurang-kurangnya dua gol

Kelayan Piala Asia

Jurulatih skuad Naga Emas, Kim Sang-sik, menyasarkan kemenangan 2-0 ke atas Harimau Malaya dalam perlawanan terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium thien Trong, malam esok.

Pengendali itu berhajat untuk membalas dendam atas kekalahan 0-4 kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu,

Advertisement

Vietnam sebelum ini tewas kepada Malaysia 0-4 dalam perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil pada 10 Jun 2025.

Walaupun diberi kemenangan 3-0 -- termasuk tewas menentang Nepal --  kerana selepas Malaysia didapati menurunkan tujuh pemain warisan tidak sah, untuk tangga teratas kumpulan dan menjamin tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2027, Sang-sik tetap bertekad memburu kemenangan.

"Kami menyasarkan kemenangan 2-0.

"Semua pemain berada dalam keadaan fizikal yang baik dan saya percaya mereka akan beraksi dengan baik di padang esok," katanya dalam sidang akhbar tengah hari tadi.

Pengendali dari Korea Selatan itu juga percaya anak buahnya akan turun dengan lonjakan moral setelah ekoran kejayaan meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

Namun, sedar Malaysia di bawah kendalian Peter Clamovski berhajat mengembalikan maruah yang tercalar.

"Seluruh pasukan akan bermain sebaik mungkin, tidak akan berundur, untuk memberikan prestasi yang hebat di tempat sendiri," katanya.

Must Watch Video