Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Sudah pasti kami luluh dengan apa yang berlaku -- Cklamovski

peter cklamovski

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, menganggap pembatalan dua kemenangan dan penolakan enam mata dalam kempen kelayakan Piala Asia sebagai sesuatu yang meluluhkan hati, lebih-lebih lagi ia berada di luar kawalannya.

Baginya, pendekatan terbaik ketika ini adalah dengan mengawal apa yang boleh dikawal, dan berusaha untuk bangkit lebih kuat selepas ini.

Advertisement

Menjelang aksi terakhir pusingan kelayakan itu menentang Vietnam di laman lawan malam esok, pengendali itu berkata dalam sidang media: "Amat jelas bahawa kami amat kecewa dan luluh dengan keputusannya, ia sesuatu yang benar-benar di luar kawalan kami."

"Ia menjejaskan peluang kami untuk layak tetapi untuk meringkaskannya, kami hanya boleh mengawal apa yang boleh dikawal.

"Itulah cara yang kami cuba, cara kami beroperasi dalam suasana sebagai pasukan kebangsaan dalam waktu sukar ini.

"Ia memberikan kami peluang untuk menilai diri kami sebagai individu, kumpulan dan pasukan kebangsaan.

"Saya perlu katakan yang saya bangga dengan pemain dan staf kami, mereka memberikan segalanya. Kami akan memberikan segala yang kami ada dalam perlawanan esok untuk mendapatkan kemenangan."

 

Must Watch Video