Harimau Muda meneruskan rentak kecemerlangan sejak menewaskan Singapura sebelum ini dengan kali ini berpesta gol menumpaskan Guam 10-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Cheras, malam tadi.
Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan akhir dengan penentuan penting bertemu India Jumaat ini.
Carta Kumpulan E semakin sengit menyaksikan anak buah Shukor Adan perlu mencipta kemenangan selesa ke atas India nanti termasuk jumlah jaringan diperlukan bagi menghalang peluang Palestin.
Untuk makluman, hanya juara kumpulan yang akan menempah slot ke Uzbekistan, Mei depan.