Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Minit permainan kelab pulihkan keyakinan Luqman Hakim

Harimau Malaya

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, bertekad menjayakan misi kemenangan skuad kebangsaan dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2027 di Vietnam, Rabu depan.

Dengan mendukung maruah sebagai rakyat Malaysia, pemain kelahiran Kelantan itu tidak rela Harimau Malaya terus hampa selepas maruah terhenyak dengan isu tujuh pemain tidak sah sejak beberapa bulan lalu.

Advertisement

Seandainya kemenangan dilakar, ia sekurang-kurangnya mampu menjawab kepada pelbagai tohmahan yang diterima skuad kendalian Peter Clamovski itu akhir-akhir ini.

"Pertemuan ini amat penting. Ini maruah saya, rakan-rakan dan negara.

"Saya menerima sokongan -- daripada ketua jurulatihan dan rakan sepasukan) di peringkat kelab, minit permainan adalah penting.

"Dari situ ia memberikan saya keyakinan diri untuk membawa saya ke tahap yang lebih baik," katanya. 
 

Must Watch Video