Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, berkongsikan faktor pemilihan pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Junior Eldstal, ke dalam skuad kebangsaan kali ini.
Jurulatih kelahiran Australia berusia 47 tahun itu melihat pengalaman serta aspek kepimpinan Junior sebagai sesuatu yang 'bernilai' buat skuad negara bagi menghadapi saingan Vietnam dalam aksi terakhir kempen Kelayakan Piala Asia 2027 kali ini.
Advertisement
"Saya rasa ia adalah persoalan yang biasa mengenai mengapa Junior dipilih, saya terima. Sekali lagi, bukan perkara luar biasa untuk membawa pemain berpengalaman ke dalam pasukan kerana ia perkara yang berlaku dalam pasukan di negara-negara lain.
"Apa yang dia sumbangkan dalam aspek kepimpinan adalah sangat bernilai dan itu adalah fakta yang anda tidak boleh ukur.
"Yang pasti, pemilihan pemain bukan hanya tertumpu kepada statistik semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira faktor lain yang mampu memberikan impak kepada keseimbangan dan kekuatan keseluruhan pasukan." katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Terdahulu, kehadiran Junior bersama skuad Harimau Malaya menjadi perbualan hangat penyokong bola sepak tempatan berikutan pemain kacukan Malaysia-Sweden itu yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini.