Skuad B-16 negara akan memulakan kempen pusingan kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam esok.
Pasukan bimbingan Shukor Adan itu akan membuka kempen Kumpulan E itu dengan menentang Palestin sebelum bertemu Singapura, Guam dan India.
Sebagai rekod, hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir kejohanan utama itu di Uzbekistan, Mei depan.
Jadual Penuh:
Malaysia lwn Palestin
8 November (Ahad)
Malaysia lwn Singapura
14 November (Sabtu)
Malaysia lwn Guam
17 November (Selasa)
Malaysia lwn India
20 November (Jumaat)
*Kesemua perlawanan bermula jam 9.00 malam.