MALAYSIA 13 KEPULAUAN MARIANA UTARA 0
Skuad negara membuka kempen kelayakan Piala Asia B-17 dengan garang apabila membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0, sebentar tadi.
Advertisement
Dua pemain mencetak hatrik dalam kempen Kumpulan C di Hanoi itu.
Iman Danish Shukor yang membuka tirai jaringan perlawanan seawal minit ke-5 melengkapkan hatriknya pada minit ke-20, sebelum Arfan Haziq Ahmad Marzuki mengikuti jejaknya ketika permainan memasuki masa kecederaan.
Harimau Muda menuju ke bilik persalinan berbekalkan enam gol, sebelum menambah derita lawan dengan tujuh gol lagi yang menyaksikan Nabil Ikhwan, Iman Irfan, Arrayan Hakeem, Alif Ashraf, Nurikhwan Hazeem, Fahim Akmal masing-masing mencetak nama sebagai penjaring, sambil Jerz Navarro turut menghasilkan gol sendiri.
Dan skuad kendalian Javier Jorda Ribera itu akan meneruskan perjuangan kedua mereka menentang Hong Kong pada Isnin ini.

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!