Vietnam, menewaskan Laos 2-0 bagi mengekalkan jurang tiga mata dengan pendahulu Kumpulan F, Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2027.
Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Nepal Selasa lalu menyaksikan mereka ketinggalan kepada enam mata, menjadikan Vietnam dalam misi penting untuk kekal melakar kemenangan.
Advertisement
Walaupun menguasai bola sejak awal, Vietnam bergelut untuk menembusi pertahanan Laos yang padat pada separuh masa pertama.
Beberapa peluang jelas gagal dilunas, termasuk percubaan daripada Nguyen Tien Linh, Nguyen Hoang Duc, dan peluang jarak dekat yang dihantar melepasi palang pada minit ke-31.
Mereka akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-69, hantaran lintang Pham Tuan Hai terkena lengan pertahanan Laos di dalam kotak penalti sekaligus memberikan penalti buat pelawat. Nguyen Xuan Son tenang membuatkan penjaga gol tersilap langkah, meletakkan Vietnam di hadapan 1-0.
Vietnam memastikan kemenangan pada masa kecederaan. Pada minit ke-90+3, penjaga gol Anoulak Vilaphonh gagal mengeluarkan bola dari zon bahaya, membuka ruang buat Tuan Hai melakukan sepakan akrobatik ke dalam gawang sekali gus menjamin kemenangan 2-0.
Keputusan itu memastikan Vietnam mengekalkan penguasaan di tempat kedua, manakala Laos kekal di tangga tercorot Kumpulan F tanpa sebarang mata selepas lima kekalahan berturut-turut.
Vietnam akan menentang Malaysia pada Mac 2026.