Senegal dengan berani mempamerkan trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kepada penyokong sebelum menewaskan Peru 2-0 dalam perlawanan panas badan sebelum Piala Dunia di Stade de France semalam.
Nicolas Jackson menjaringkan gol empat minit sebelum rehat separuh masa dan Ismaila Sarr menambah gol kedua pada minit ke-54 ketika Senegal memenangi perlawanan pertama mereka sejak aksi akhir AFCON Januari lalu, apabila mereka menewaskan Maghribi tetapi dilucutkan gelaran bulan ini.
Advertisement
Lembaga Rayuan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAS) menganugerahkan Maghribi gelaran AFCON selepas Senegal keluar padang sebagai bantahan terhadap sepakan penalti yang diberikan kepada tuan rumah.
Ia, sekali gus menyaksikan Senegal mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mencabar keputusan badan induk itu.
Sejam sebelum sepak mula, pemain dan jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw, berjalan di sekitar padang dengan trofi itu dengan sambutan yang meriah daripada penonton yang hampir penuh ketika mereka terus mengejek keputusan CAF.
Thiaw telah mengisytiharkan pada hari Jumaat bahawa; "Kami tahu kami juara Afrika" dan pasukan itu memakai jalur rekaan baharu yang menampilkan dua bintang di atas lencana mereka, mewakili kejayaan dalam AFCON pada tahun 2021 dan sekali lagi tahun ini.