Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Kembali bergandingan, Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama

aaron wwoi yik

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Dunia BWF apabila menumbangkan gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, dalam aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Indira Gandhi, India sebentar tadi.

Gandingan itu dipisahkan sejak Jun lalu tetapi Aaron dan Wooi Yik kembali bergandingan bagi kejohanan kali ini dan kelihatan perlu mencari kembali rentak terbaik apabila tewas 15-21 dalam set pertama.

Bagaimanapun, keserasian mereka kembali terjalin dalam set kedua, untuk menguasai permainan sejak pukulan pertama sebelum menang mudah 21-11 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Perlawanan berlangsung sengit dalam set ketiga tetapi sebaik kedudukan terikat 9-9, Aaron dan Wooi Yik tidak lagi menoleh ke belakang untuk mengungguli pertemuan dengan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 58 minit.

Menanti beregu pilihan keempat itu dalam penentuan ke suku akhir esok ialah pemenang di antara satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan wakil China, Huang Di-Liu Yang.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video