Pelanggaran peraturan perlawanan membangkitkan kemarahan penonton mengakibatkan kekecohan berlarutan sehingga hampir 20 minit dalam satu kejohanan tempatan di Dataran Warisan, Taiping, Perak semalam.
Menurut laporan, difahamkan provokasi membuatkan seorang peserta luar negara bertindak keluar daripada gelanggang menyerang penonton susulan dibatalkan kemenangannya akibat menyepak wakil negara, Muhammad Nazifi Mat Nasir, atau dikenali dengan nama Gpy Ciko ketika sudah terjatuh.
Advertisement
Penonton tidak berpuas hati dengan tingkah laku tersebut dan mula melakukan protes, sekali gus membuatkan peserta dari Maghribi, Ousama Taqud, berang dan menyerang penonton.
Meskipun ditenangkan rakan sepasukan, namun dia tetap agresif melepaskan geramnya sebelum pihak berkuasa kembali memastikan keadaan terkawal.
Penganjur, Mohd Ezry Azamin Abdul Wahab, tampil mengulas isu tersebut dengan berkata: "Okay, dalam perlawanan yang terakhir, mengikut peraturan, peserta yang jatuh, peserta satu lagi tidak boleh membuat sebarang pukulan, tetapi saya percaya perkara itu berlaku secara tidak sengaja.
"Keadaan berjaya dikawal dan pihak polis pun telah memberikan kawalan yang sebaik mungkin."
"Kita akan buat post-mortem sehari selepas program berjalan kita akan buat keputusan," tambahnya.
Pusingan terakhir Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MiMAC) 3.0 yang berlangsung di Dataran Warisan bertukar kecoh hampir 20 minit selepas seorang peserta mengamuk dan cuba menyerang penonton. #beritaditiktok
Perkongsian video oleh TikTok Berita Harian: