Insiden itu berlaku kira-kira sembilan hari sebelum kejohanan bermula, namun tahap kecederaan tersebut difahamkan tidak terlalu serius.
Ketua jurulatih beregu campuran kebangsaan, Nova Widianto, mengakui situasi itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persiapan pasangan utama negara, terutama selepas mereka turut melalui beberapa episod kecederaan sebelum ini.
Advertisement
“Sudah tentu ia memberi sedikit gangguan kepada persiapan, tetapi saya percaya mereka mampu mengatasinya,” jelas Nova.
Walaupun berdepan cabaran fizikal, Nova tetap yakin dengan keupayaan pasangan negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, untuk bangkit serta mengekalkan fokus menjelang aksi sebenar.
Menurutnya, komitmen tinggi dan mentaliti kuat yang dimiliki pasangan itu menjadi aset penting dalam usaha memburu kejuaraan besar musim ini.
Dalam aksi pusingan awal, gandingan pilihan keempat kejohanan itu dijadualkan berdepan wakil tuan rumah China, Cheng Xing dan Zhang Chi.
Perlawanan tersebut dijangka menjadi ujian awal buat Tang Jie-Ee Wei, khususnya dalam menilai tahap kecergasan Ee Wei selepas kecederaan, selain menentukan momentum mereka untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini.