"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari (Ahli Parlimen Sungai Petani) sebagai Menteri Belia dan Sukan yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan dari Universiti Islam Bandung manakala YB Tuan Mordi anak Bimol (Ahli Parlimen Mas Gading) mempunyai kelulusan Ijazah dalam Sains Akuatik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan KBS hari ini.
"KBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 3 Disember 2022. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkukuh dasar belia negara, pembangunan sukan berprestasi tinggi serta aspek kebajikan atlet dan tadbir urus kementerian.
Advertisement
"Ucapan terima kasih dan penghargaan turut diberikan kepada YB Adam Adli Abd Halim yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 10 Disember 2022.
"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, tumpuan telah diberikan kepada pengukuhan ekosistem pembangunan belia serta penglibatan belia di peringkat akar umbi."